Andrew Moray

Andrew Moray (Bahasa Latin: Andreas de Moravia), (meninggal akhir 1297), juga dikenali sebagai Andrew de Moray, Andrew dari Moray, atau Andrew Murray, adalah seorang pemimpin tentera terkemuka semasa Perang Kemerdekaan Scotland. Beliau bertanggungjawab dalam memimpin kebangkitan di utara Scotland pada musim panas tahun 1297 menentang pemerintahan Raja Edward I dari England dan berjaya mendapatkan kawalan kawasan ini untuk Raja John dari Scotland. Pada akhir musim panas, tentera beliau telah bergabung dengan tentera William Wallace. Gabungan tentera ini berjaya mencapai kemenangan ke atas tentera Inggeris di dalam Pertempuran Jambatan Stirling, di mana beliau telah mendapat kecederaan teruk.

Andrew Moray

Ibu bapa Bapa: Sir Andrew Moray dari Petty, d.c.1300; Ibu: Tidak diketahui.
Anak Sir Andrew Murray, kemudian Lord Petty dan Bothwell, dan Penjaga Scotland.
Terkenal kerana Memimpin kemenangan Scotland bersama William Wallace di Pertempuran Jambatan Stirling
Warganegara Scotland
Meninggal dunia akhir 1297
Saudara Bapa saudara: Sir William Moray dari Bothwell, d.c.1300; Bapa saudara: David Moray, bishop dari Moray, mati 1326.
Sebab kematian disebabkan kecederaan yang dialami beliau dalam Pertempuran Jambatan Stirling
Kediaman Istana kota Avoch dan Bothwell