William_Wallace
William_Wallace

William_Wallace

Sir William Wallace (Bahasa Gaelik Scotland: Uilleam Uallas; 1272 – 23 Ogos 1305) adalah seorang kesatria dan pemilik tanah berbangsa Scotland yang terkenal kerana peranan beliau dalam mengetuai penentangan ke atas England semasa Perang Kemerdekaan Scotland. Pada hari ini, beliau diingati sebagai seorang setia negarawan and wira negara.[1]Bersama-sama dengan Andrew Moray, beliau berjaya mengalahkan tentera England di dalam Pertempuran Jambatan Stirling, dan menjadi Pelindung Scotland, sehingga kekalahan beliau di dalam Pertempuran Falkirk. Beberapa tahun kemudian, Wallace telah ditangkap di Robroyston, berdekatan Glasgow dan diserahkan kepada Raja Edward I, yang mana kemudian menjatuhkan hukuman mati kerana menderhaka.Wallace menjadi inspirasi dalam sajak, The Acts and Deeds of Sir William Wallace, Knight of Elderslie, oleh seorang penyanyi kembara pada kurun ke-15, Blind Harry. Sajak ini juga digunakan sebagai asas dalam lakon layar Randall Wallace untuk sebuah filem pada tahun 1995, iaitu Braveheart.

William_Wallace

Pekerjaan Pemilik tanah, kemudian seorang pejuang dan komander dalam Perang Kemerdekaan Scotland
Ibu bapa Alan Wallace (bapa), identiti ibunya tidak dapat disahkan, kemungkinan adalah Margaret Crawford
Anak Tiada rekod
Meninggal dunia 23 Ogos 1305
Smithfield, London, England
Kelahiran 1272
Elderslie atau Ellerslie, Scotland