Angelica Lee

Angelica Lee Sinje (Bahasa Cina: 李心潔; pinyin: Lǐ Xīnjié; lahir 23 Januari 1976) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi dan kemudian menjadi pelakon di Taiwan, Hong Kong dan Malaysia. Beliau berlakon dalam filem The Eye, filem seram karya Pang Bersaudara, memenanginya pelbagai anugerah.[1] Beliau ialah antara beberapa artis Asia yang dianugerahkan Pendatang Baru Asia Terbaik di Festival Filem Berlin 2001 untuk wataknya dalam Betelnut Beauty.