Angka Cyril
Angka Cyril

Angka Cyril

Angka Cyril ialah sistem penomboran dari abjad Cyril yang digunakan oleh puak Slav selatan dan timur. Sistem ini pernah digunakan di empayar Rusia sehingga abad ke-18, apabila Peter Agung menggantikannya dengan angka Arab. Sistem yang separa perpuluhan ini, pada asasnya adalah angka Greek yang ditulis dengan padanan grafem dari abjad Cyril—susunannya adalah berdasarkan abjad Greek, dan tidak sama dengan piawai berbeza dalam susunan abjad Cyril. Huruf yang berbeza ditetapkan bagi setiap unit (1, 2, ... 9), setiap gandaan sepuluh (10, 20, ... 90), dan setiap gandaan seratus (100, 200, ... 900). Nombor-nombornya ditulis berdasarkan sebutan dalam bahasa Slavik, umumnya dari kiri ke kanan, kecuali untuk nombor 11 hingga 19 yang disebut dan ditulis dari kanan ke kiri. Contohnya, 17 ialah "седмьнадесять", "s'edm'-na-d'es'at'" ("tujuh-atas-sepuluh", berbanding sebutan dalam bahasa Inggeris seven-teen). Untuk membezakan nombor dan teks, satu titlo (◌҃ U+0482) diletakkan di atas nombor.