Kerjaya Ani_Arope

Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad

Pada tahun 1996, Tan Sri Ani mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi / Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) demi menjaga kepentingan syarikat utiliti itu. Namun akhirnya beliau sendiri membuka mulut dengan mengatakan ianya adalah disebabkan ketidakpuasan hatinya berhubung dengan perjanjian berat sebelah TNB dan pengeluar bebas kuasa elektrik (IPP). Ekoran itu wujudlah kini generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad. Beliau menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, Jabatan Perdana Menteri, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.[3]

Semakan semula perlu kerana ianya banyak melibatkan pembaziran wang ke atas rizab kuasa yang Malaysia tidak perlukan buat masa sekarang.Rakyat Malaysia terpaksa menanggung bayaran kepada IPP sebanyak RM 19 bilion setiap tahun. Pelbagai alasan digunakan untuk mewajarkan tindakan tersebut seperti 'pelarasan harga'. Selaku bekas CEO TNB, beliau kecewa dengan TNB yang tiada kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.[4]