Botani Anigozanthos

Spesies genus Anigozanthos jenis saka yang muncul dari rimpang pendek mendatar di bawah tanah, ada rimpang yang berisi dan ada rimpang yang rapuh. Sap dalam sistem akarnya membolehkan tumbuhan hidup selamat semasa cuaca kemarau melampau. Beberapa pokok spesies ini mati dari rimpangnya pada musim panas yang akan tumbuh semula pada musim luruh.

Daun-daun pokok dalam genus ini panjang, berwarna hijau kekelabuan dan melingkar. Ada beberapa spesies daun ini yang mempunyai daun berbulu. Batang tidak berdaun tumbuh dari pusat lingkaran ini mencapai ketinggian 2 meter dengan bulu-bulu berwarna bergantung kepada spesies.

Bunga

Bunga-bunga pokok genus ini muncul dari tandan di hujung batang, pokok yang dewasa boleh mempunyai sehingga sepuluh kuntum bunga di setiap tandan. Bunga-bunga ini penuh dengan bulu berwarna yang menyerupai baldu. Bulu-bulu ini menentukan warna bunga dari hampir hitam ke kuning, jingga dan merah.