Animasi Internet asli, ditulis di dalam bahasa Jepun sebagai
Web Anime (ウェブアニメ, Webu Anime) dan bahasa Inggeris sebagai
Original Net Animation, disingkatkan sebagai
ONA,
[1] merupakan istilah yang digunakan untuk judul-judul
anime yang dikeluarkan secara langsung ke internet. ONA mungkin telah disiarkan dalam
TV selepas dikeluarkan secara langsung ke Internet. Nama istilah ini seakan-akan sama dengan
Animasi Video Asli, iaitu istilah yang telah digunakan dalam industri anime untuk animasi
langsung-ke-video yang bertapak sejak awal 1980-an. Internet merupakan suatu media baharu untuk mengeluarkan animasi dan perkara ini adalah serius kerana telah meningkatnya jumlah laman web penyiaran media di Jepun.
Banyak pratonton episod anime baharu telah dikeluarkan sebagai ONA. Contohnya,
Pokémon: The Mastermind of Mirage Pokémon (yang boleh ditonton di laman web rasmi berbahasa Jepun daripada 13 sehingga 30 Oktober 2006) dan filem anime
Megumi boleh dikira sebagai ONA.
ONA selalunya lebih pendek berbanding anime tradisional, kadang-kadang hanya mengandungi beberapa minit per episod. Pelbagai contoh ONA telah wujud: contohnya seperti
Hetalia: Axis Powers, yang hanya mengandungi beberapa minit per episod.