Anis_Matta
Anis_Matta

Anis_Matta

Muhammad Anis Matta (lahir di Bone, Sulawesi Selatan, 7 Disember 1968; umur 51 tahun) adalah salah seorang ahli politik Indonesia. Anis adalah Timbalan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia penggal 2009-2014, namun mengundurkan diri pada 1 Februari 2013 setelah dilantik sebagai Presiden PKS [1] oleh Majlis Syura PKS menggantikan Luthfi Hasan Ishaaq yang menghadapi kes rasuah.[2]Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islam dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) pada tahun 1992. Pada tahun 2001, beliau mengikuti pendidikan di Lembaga Ketahanan Nasional (Lemhannas). Beliau aktif sebagai Setiausaha Agong DPP Partai Keadilan Sejahtera selama empat penggal berturut-turut (1998-2013)[3] dan Lembaga Hikmah Pimpinan Persyarikatan Muhammadiyah.