Anis_Suraya

Tengku Ani Soraya binti Tengku Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Anis Suraya, lahir pada18 Disember 1980, merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang artis rakaman di Suria Records, bersama-sama dengan Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Mazleela, Noraniza Idris, New Boyz dan Handy BlackBeliau merupakan anak kelahiran negeri Terengganu dan merupakan sepupu kepada Sultan Terengganu iaitu DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Al-Watiqu Billah Shah. Anis Suraya dilahirkan dalam keluarga yang rata-rata amat meminati bidang seni di mana beliau merupakan adik kepada Shaharum, Juara Asia Bagus 1996 dan Shawn Baharin yang lebih dikenali sebagai Ricky Martin Malaysia satu ketika dahulu.Sebagai anak seni negeri Terengganu, Anis Suraya mula menunjukkan minat dan bakat dengan tarian Melayu ketika beliau berusia 4 tahun apabila menjadi penari jemputan khas di Majlis Makan Malam Pegawai-Pegawai Kerajaan bersama Menteri Besar Terengganu; Wan Mokhtar bin Wan Ahmad  ketika itu. Anak bongsu kepada bekas penyanyi dan penari SUKTRA Terengganu; Rahemah binti Awang dan pengasas kugiran Starlight Band Terengganu; YAM Tengku Sri Laksamana Raja  ini telah mewarisi bakat bonda dan ayahandanya. Kemunculan beliau secara solo mengadakan persembahan nyanyian di Majlis Apresiasi Mahkamah Tinggi Terengganu 1989 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu telah membuka peluang beliau  untuk terus bergiat dalam bidang seni di bumi Terengganu. Beliau sempat bersama dengan Taman Seni Perpustakaan Negeri Terengganu dalam persembahan tarian dan nyanyian dari 1989 sehingga 1991. Dengan platform yang terbina , beliau tidak melepaskan peluang untuk bersama memeriahkan program rakaman Radio Malaysia Terengganu (RTM) sebagai penyanyi jemputan dengan mempersembahkan lagu-lagu rakyat negeri Terengganu dan lagu-lagu popular sekitar tahun 1993 sehingga 1996.Galakkan dan dorongan ibubapa beliau, Anis terus melibatkan diri dan mengembangkan bakatnya dengan pelbagai pementasan tarian dan nyanyian sehingga beliau meningkat ke usia 16 tahun. Selepas abangnya Shaharum menjuarai Asia Bagus 1996, beliau turut diundang sebagai penyanyi duet jemputan di dalam album Shaharum Keris terbitan Pony Canyon dengan lagu berjudul "Kesaktian Cinta". Selain itu, beliau juga merupakan Finalis Pertandingan Akhir Kategori Nyanyian bawah 12 tahun Wirawan Seni Remaja EON 1996 anjuran RTM. Pada tahun berikutnya, beliau dijemput oleh TV3 untuk mengadakan persembahan di Final Sinaran Komposer 1997 dan 1998.