Sejarah Anjing_beruang_Karelia

Menurut catatan arkeologi, anjing yang sangat serupa dengan laika Rusia-Eropah dan anjing beruang Karelia wujud di Eropah timur laut dan di Skandinavia sejak zaman Neolitik. Piawaian baka untuk anjing beruang Karelia dan laika kini memerlukan anjing bertanda hitam dan putih, tetapi pada asalnya baka ini termasuk individu dengan bulu kelabu serigala daripada pelbagai cahaya warna, bulu merah seperti spits piawai dan spesimen hitam dan sawo matang juga.

Anjing beruang Karelia digunakan terutamanya untuk memburu haiwan kecil yang berbulu, seperti tupai dan marten. Seperti anjing pemburu elk Norway, anjing beruang Karelia juga digunakan dalam pemburuan moose, lynx, serigala dan, seperti yang terkata dalam namanya, memburu beruang perang Eropah. Dalam pemburuan beruang, sekurang-kurangnnya sepasang anjing beruang akan digunakan untuk mengganggu haiwan berkenaan, menyalak nyaring-nyaring, untuk mengalihkan perhatian beruang sementara manusia pemburu datang untuk membunuh.

Anjing beruang Karelia telah digunakan untuk kawalan beruang di Taman Negara Yosemite dan di Taman Negara Glasier, dan dengan Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Negeri Washington.[1]

Rujukan

WikiPedia: Anjing_beruang_Karelia http://www.ckc.ca/en/Default.aspx?tabid=99&BreedCo... http://www.cnn.com/EARTH/9708/24/bear.dog/ http://www.dogdomain.com/fcistandards/fci-048.htm http://mail.ukcdogs.com/UKCweb.nsf/80de88211ee3f2d... http://www.vikinganswerlady.com/vik_pets.shtml#Dog... http://www2.gi.alaska.edu/ScienceForum/ASF12/1246.... http://www.spj.fi/en/breeds/karelian+bear+dog/bree... http://wdfw.wa.gov/enforcement/kbd/index.html http://www.akc.org/reg/fss_details.cfm https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kareli...