Perihal Anjing_pemburu_berbulu_dawai_Istria

Penampilan

Anjing baka ini boleh berbeza-beza saiz kerana anjing ini masih dibiakbakakan terutamanya untuk perburuan. Maka, tekanan mungkin terletak pada prestasi berbanding dengan pada syarat penampilan spesifik. Ia berukuran seberaat 60 lb (27 kg) dan berdiri setinggi 17–24 in (43–61 cm) pada paras kelasa.

Bulu dawai baka ini tahan cuaca untuk perburuan. Lapis atas berukuran sepanjang 2–3 inci (5.1–7.6 cm) dan biasanya sekali dengan lapis bawah seperti wul. Warnanya putih dengan tanda-tanda kuning atau jingga, biasanya di telinga. Telinganya lebar dan tergantung dengan rata dan ekornya panjang menegak dan melengkung ke arah dalam.

Perangai

Oleh sebab anjing pemburu berbulu dawai Istria dibiakbakakan terutamanya untuk perburuan berbanding dengan sebagai pendamping, ia cenderung degil dan lebih mencabar untuk dilatih berbanding dengan baka lain.