Menu
Anjing_pemburu_porselin PenampilanAnjing pemburu porselin mendapat namanya sempena lapis bulu berkilatnya, yang dikatakan menyerupai patung kecil porselin. Bulunya putih, kadang-kadang dengan tompok jingga, kerap pada telinga. Kulitnya patut putih dengan bintik hitam yang terlihat di serata lapis bulu putih. Bulunya amat singkat dan sangat halus. Hidung anjing pemburu porselin adalah hitam dengan lubang hidung sangat lebar. Ia juga mempunyai mata hitam dan telinga panjang yang labuh ke bawah. Lehernya panjang dan ekornya bermula dengan tebal dan menipis ke titik di hujung.
Anjing pemburu porselin jantan berdiri setinggi 22–23 inci (56–58 cm). Betinanya pula setinggi 21–22 inci (53–56 cm). Anjing ini berukuran seberat 55–62 paun (25–28 kg).
Menu
Anjing_pemburu_porselin PenampilanBerkaitan
Anjing Anjing gembala Jerman Anjing pemburu darah Anjing gembala Belgium Anjing lembu Australia Anjing Akita Anjing gunung Bern Anjing air Portugis Anjing Dobermann Anjing TaiwanRujukan
WikiPedia: Anjing_pemburu_porselin http://clubduporcelaine.fr/ https://www.centrale-canine.fr/le-chien-de-race/po... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/030g06-e...