Annabeth_Chase_(Percy_Jackson)

Annabeth Chase adalah watak cereka dalam siri karangan Rick Riordan iaitu Percy Jackson & the Olympians. Dia adalah seorang separa dewa; ayahnya adalah manusia biasa, Frederick Chase sementara ibunya adalah Athena, dewi kebijaksanaan. Dia pertama kali muncul dalam novel pertama bagi siri iaitu The Lightning Thief, dan menjadi sahabat baik dengan Percy Jackson, kemudian menjadi cinta pertamanya.Dia dilakonkan oleh Alexandra Daddario dalam filem Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief.[2]