Pada kurun ke-4 Masihi, kumpulan
Anomœan yang juga dikenali sebagai kumpulan
Anomean,
Heterousian,
Aetian, atau
Eunomian, ialah sebuah
mazhab dalam aliran
Arianisme yang menegaskan bahawa
Jesus dari
Nazareth adalah zat yang berbeza dan tidak sama sekali setara dengan
Tuhan. Mereka percaya bahawa pendapat-pendapat
Arius yang diungkapkan beliau pada asalnya, adalah betul, namun menolak pengakuan-pengakuannya yang terkemudian yang diambil beliau supaya beliau diterima masuk kembali ke dalam Gereja. Perkataan Anomœan berasal dari
bahasa Yunani ἀ(ν)- 'tidak' dan ὅμοιος 'serupa', yakni "berbeza; tidak sama". Pada kurun ke-4, semasa era pemerintahan Constantius II, ini merupakan nama yang digunakan untuk membezakan para pengikut
Aëtius dan
Eunomius sebagai satu aliran teologi; mereka bukan sahaja menafikan konsubstansiliti Jesus malahan menegaskan bahawa beliau adalah satu zat yang berbeza daripada Tuhan. Ini bertentangan dengan pendokong
Arianisme-Separa, yang memang menafikan konsubstansiliti Jesus tetapi pada masa yang sama percaya bahawa beliau sama dengan Tuhan Bapa.