Ciri-ciri Antihidrogen

Menurut teorem CPT dalam fizik zarah, atom antihidrogen sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang sama yang dimiliki oleh atom hidrogen biasa; yakni kedua-duanya perlu ada berat, momen magnet dan kekerapan peralihan antara dua fasa kuantumnya yang sama.[5] Contohnya, antihidrogen yang terangsang dijangkakan akan bersinar dengan warna yang sama dengan hidrogen. Atom antihidrogen sepatutnya tertarik secara graviti ke arah jirim dan antijirim dengan jumlah magnitud tenaga yang sama dengan yang dialami hidrogen biasa.[6] Ini mungkin tidak benar sekiranya antihidrogen memiliki jisim graviti negatif yang dianggap tidak berkemungkinan, tetapi belum disangkal secara empirikal.

Apabila antihidrogen terkena jirim biasa, bahagian-bahagiannya akan musnah habis dengan cepat. Positronnya, iaitu sejenis zarah asas, akan musnah habis dengan elektron, dan tenaga beratnya (mass-energy) dilepaskan dalam bentuk sinar gama. Sebaliknya, antiproton yang terdiri daripada antikuark akan bergabung dengan kuark di dalam proton atau neutron jirim biasa. Proses musnah habis akan menghasilkan pion bertenaga tinggi. Pion-pion ini akan mereput dengan cepat menjadi muon, neutrino, positron dan elektron. Namun, jika antihidrogen digantung di dalam vakum sempurna, ia sepatutnya akan terus selamat.

Sebagai sejenis antiunsur, antihidrogen dijangka akan memiliki ciri-ciri yang tepat sama dengan hidrogen dalam setiap aspek.[7] Misalnya, antihidrogen akan wujud dalam bentuk gas dalam keadaan piawai dan akan bergabung dengan antioksigen untuk membentuk antiair, H2O.

Rujukan

WikiPedia: Antihidrogen http://discovermagazine.com/1997/jan/antiatomshere... http://www.nature.com/news/2010/101117/full/468355... http://physicsworld.com/cws/article/news/2012/mar/... http://adsabs.harvard.edu/abs/1965NCimS..39...10M http://adsabs.harvard.edu/abs/1965PhRvL..14.1003D http://adsabs.harvard.edu/abs/1983PhRvL..51.1983T http://adsabs.harvard.edu/abs/1996PhLB..368..251B http://adsabs.harvard.edu/abs/1997APS..APR.C1009C http://adsabs.harvard.edu/abs/2002Natur.419..456A http://adsabs.harvard.edu/abs/2002PhRvL..89w3401G