Antivaksin

Fahaman antivaksin ialah fahaman dan tindakan yang menentang pemberian vaksin baik secara peribadi atau berkelompok. Gerakan antivaksin sudah muncul sejak penciptaan vaksin meskipun fakta-fakta ilmiah membuktikan bahawa vaksin itu adalah selamat dan efektif.[1][2] Alasan-alasan lazim golongan antivaksin termasuk menuruti teori konspirasi ataupun kepercayaan agama. Sikap antivaksin juga boleh muncul kerana salah faham dalam kesan sampingan yang muncul daripada vaksin atau salah informasi mengenai kandungan atau proses pembuatan vaksin. Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan ancaman fahaman antivaksin sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam terbesar dunia.[3]Akibat tindakan antivaksin, penyakit yang sebenarnya dapat dicegah dengan vaksin dapat merebak dan boleh mengakibatkan kematian.[4][5][6]