Antonius dan Cleopatra
Antonius dan Cleopatra

Antonius dan Cleopatra

Antony and Cleopatra ("Antonius dan Cleopatra") adalah sebuah kisah tragedi karya William Shakespeare. Drama ini mula-mula dicetak dalam First Folio 1623. Jalan cerita kisah ini didasarkan terjemahan Thomas North ke atas karya Bíoi Parállēloi (Βίοι Παράλληλοι, "Kehidupan Slari" nukilan Plutarch yang mengikuti hubungan cinta antara Cleopatra dengan Marcus Antonius dari ketika pemberontakan Sicily hinggalah pembunuhan diri Cleopatra sewaktu Perang Terakhir Republik Rom. Antagonis utamanya ialah Octavius Caesar, iaitu rakan sejawat Antonius dan bakal Maharaja Rom yang pertama. Tragedi ini merupakan drama Rom yang bercirikan anjakan panorama dari segi latar tempat dan laras, berulang-alik antara Iskandariah yang mengghairahkan dan penuh khayalan dengan Rom yang lebih pragmatik dan susila.Peranan Cleopatra dalam drama ini dianggap ramai sebagai antara watak perempuan yang paling kompleks dalam seluruh karya Shakespeare.[1]:p.45 Cleopatra sering bersikap angkuh dan dramatik hingga membuat penonton ingin mencemuhnya; pada masa yang sama, usaha-usaha Shakespeare melaburi Cleopatra dan Antonius dengan kemegahan tragis. Ciri-ciri yang bercanggahan ini telah menyebabkan ulasan kritis yang berbelah-bahagi.[2]