Sejarah Antv

antv dilancarkan pada 1 Januari 1993 di provinsi Lampung. Pada bulan yang sama, pemerintahan Indonesia memberi lesen kepada antv untuk membuat siaran di seluruh negara dan syarikat itu memindahkan ibu pejabatnya ke Jakarta Selatan. Ia memiliki 21 buah stesen siaran yang berupaya menyiarkan kepada 154 buah bandar raya. Sejak 29 Disember 2004, stesen ini juga mula menyiarkan versi 2 jam rancangan Sky News Sunrise dari pukul 13:00 hingga pukul 15:00.

Pada 30 September 2005, antv menjalin kerjasama dengan STAR TV, operator satelit dan kabel di Hong Kong yang dimiliki oleh Rupert Murdoch menerusi News Corp. Kini STAR TV mempunyai 20% saham antv, had tertinggi pemilikan syarikat asing dalam syarikat media tempatan yang dibenarkan di bawah undang-undang Indonesia.

antv memiliki 5% daripada bahagian pasaran penonton Indonesia sebanyak 180 juta orang dan bersaing dengan 10 rangkaian negara yang lain, selain daripada stesen-stesen tempatan.

Mulai Tahun 2012,antv akan menayangkan Siri TV dari BBC, Doctor Who (Untuk Siri Klasik 1963-1989, Film Televisyen 1996 dan Siri Baru 2005-2010)

Berkaitan