Anugerah_Akademi_ke-3
Anugerah_Akademi_ke-3

Anugerah_Akademi_ke-3

Anugerah Akademi ke-3 dianugerahkan kepada filem-filem yang ditayangkan antara 1 Ogos 1929, dan 31 Julai 1930, oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman.All Quiet on the Western Front ialah filem pertama yang memenangi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, yang akan menjadi umum pada tahun-tahun berikutnya. Lewis Milestone menjadi orang pertama yang memenangi dua Oscar, memenangi Pengarah Terbaik - Komedi di Anugerah Akademi Pertama.The Love Parade meraih enam pencalonan, jumlah terbesar dari sebarang filem pada masa tersebut. Namun, filem tersebut tidak memenangi sebarang kategori.Rakaman Suara Terbaik diperkenalkan pada tahun tersebut, menjadikannya kategori baru pertama sejak penubuhan Oscar. Anugeraj tersebut dianugerahkan kepada Douglas Shearer, adik pemenang Pelakon Wanita Terbaik Norma Shearer, menjadikan mereka sebagai pasangan pemenang pertama dalam sejarah Oscar.[1]