Anugerah_Bintang-Bintang_Popular_1992

Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian ke-6 ialah kali keenam penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan anjuran Berita Harian (kini dikenali sebagai Anugerah Bintang Popular). Bukan sahaja nama majlis bertukar (dahulunya sebagai Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular), bahkan juga bilangan anugerah yang diperbanyakkan untuk penghibur dan pelakon televisyen, artis komedi, dan drama televisyen. Untuk penganjuran seterusnya, kategori Drama TV Popular telah digugurkan.