Sambutan Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_2009

Menurut pantauan AGB Nielsen Media Research, siaran langsung majlis ABPBH 2009 ditonton oleh kira-kira 3,995 juta (20.5 TVR) atau 64.1% dari peratusan penonton yang menonton pada waktu siarannya (9:00 – 11:59 malam); malahan, melalui kajian minit per minit, pada jam 10.40 malam dan 10.50 malam, ABPBH 2009 berjaya mencecah sehingga hampir 4.6 juta penonton.[9]

Antara perkara-perkara yang paling menarik perhatian pada malam itu adalah kedengaran sorakan 'boo' para penonton di tempat acara ketika nama Mawi dan Fasha Sandha disebut ketika pencalonan Penyanyi Lelaki Popular dan Pelakon Wanita TV Popular dibacakan oleh suara latar.[10][11] Dikupaskan bahawa kecaman terhadap Fasha berpunca dari kontroversi beliau sepanjang tahun lalu, bermula dari kes bersikap biadab dengan para wartawan sehingga dituduh sebagai orang ketiga yang membawa kepada keretakan rumahtangga Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli[10], manakala suara 'boo' yang dilemparkan kepada Mawi tidak diketahui sebabnya, selain hakikat bahawa beliau pernah memutuskan pertunangannya dengan Ina Naim untuk bernikah dengan Ekin.

Persembahan