Anugerah_Drama_Festival_Kuala_Lumpur_2014

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 atau Anugerah DFKL 2014 merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan sempena program Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad[1]. Ia diadakan pada Ahad, 22 Februari 2014, jam 9 malam bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Majlis diacarakan oleh pelawak Sherry Alhadad dan Zulin Aziz dan dipancarkan secara langsung di stesen TV3. Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) menampilkan Berita Harian dan New Straits Times sebagai Rakan Media, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Tonton dan Veedo selaku Rakan Digital. Peminat juga dimaklumkan melayari laman web rasmi Media Prima dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #DramaFestKL bagi untuk menghangatkan lagi bahang.