Anugerah_Era_2005

Anugerah Era 2005 adalah majlis penganugerahan tahunan yang dianjurkan oleh Astro menerusi Era FM pada 17 September 2005. Ia mengiktiraf karyawan seni muzik Malaysia dan negara tetangga. Pemenang dipilih melalui borang undian sah, laman web dan sistem pesanan ringkas. AE2005 yang telah masuk tahun kelima penganjurannya diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pengundian peringkat pertama berlangsung mulai 13 Jun 2005 sehingga 10 Julai 2005 dengan mengisi borang yang diedarkan oleh Skuad Era dan pengunjung laman web Era. Sementara itu, Pengurus Rangkaian Era FM, Azrullah Mohd. Nor berkata, AE2005 kali ini akan menampilkan konsep funky, sesuai dengan medium itu sendiri. Menurut beliau, radio bukan sekadar medium yang memberikan informasi tetapi juga jiwa kepada pendengarnya. Justeru, radio itu sendiri funky dalam dunianya. Astro Ria merupakan penyiar rasmi AE2005 manakala DiGi adalah penaja utama majlis penganugerahan itu. [1].