Trivia Anugerah_Juara_Lagu_ke-16

  • Kemenangan Yassin bagi juara keseluruhan Juara Lagu menjadikan beliau penyanyi/pencipta lagu/penulis lirik kedua selepas M. Nasir yang menang dengan lagu nyanyian/ciptaan/lirik sendiri.
  • Juara Lagu kali ini merupakan kali ketiga Siti Nurhaliza berentap dalam ketiga-tiga kategori selepas Juara Lagu 1998 & Juara Lagu 1999. Ini menjadikan telah tiga tahun beliau bertanding bagi tiga kategori yang berbeza (1998, 1999, & 2001).
  • Pertama kali Siti Nurhaliza menang kategori Pop Rock setelah dua kali gagal pada tahun 1998 (Bisikan Asmara) dan 1999 (Satu Cinta Dua Jiwa).
  • Juara Lagu kali ini juga merupakan kali ketiga Siti Nurhaliza mengungguli Anugerah Persembahan Terbaik selepas memenanginya pada tahun 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan dan 1997 (Aku Cinta Padamu).
  • Buat julung kalinya penjurian di AJL menggunakan Sistem Pesanan Ringkas SMS (untuk kategori Persembahan Terbaik sahaja) iaitu 30% SMS dan 70% Juri Profesional. Penonton hanya boleh mengundi menerusi SMS semasa artis membuat persembahan sahaja. Ini memberikan peluang sama rata kepada artis pertama dan artis terakhir yang membuat persembahan sekaligus mengelakkan ketidakadilan berlaku kepada artis yang mempunyai giliran persembahan di akhir-akhir siaran.
  • Dayang Nurfaizah yang muncul pertama kali untuk beraksi pada Anugerah Juara Lagu berjaya memenangi kategori balada yang sememangnya menjadi tumpuan dan menjanjikan saingan sengit dari pencabar terdekat beliau seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan Nora.
  • Setelah 3 edisi sejak AJL 1998, maka Def-Gab-C mewakili kumpulan muzik (band) layak ke AJL kali ini.