Anugerah_Juara_Lagu_ke-18
Anugerah_Juara_Lagu_ke-18

Anugerah_Juara_Lagu_ke-18

Anugerah Juara Lagu 2003 atau Juara Lagu ke-18 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-18 ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio Era FM pada jam 8.30 malam 28 Disember 2003. Acara tersebut menarik minat penonton dengan telatah pengacaranya yang memberikan gurauan nakal dan fakta juara lagu, Aznil Nawawi dan Sarimah Ibrahim.Anugerah kali ini menyediakan anugerah bagi persembahan terbaik, vokal terbaik, juara kategori serta juara keseluruhan. Persembahan bagi malam tersebut diadili oleh Lukhman S., Lim Swee Tin, Manan Ngah, Juwie, Fauziah Latiff, Wishnutama, M. Nasir, Azmeer dan Ooi Eow Jin yang memperlihatkan kematangan acara pertandingan itu.