Am Anugerah_Juara_Lagu_ke-27

Tema AJL27 ialah "Ekspresi Seni" yang mana penonton dapat menyaksikan 'gabungan seni dan muzik di atas pentas' anugerah yang sudah memasuki lebih dua dekad penganjurannya.[1] Juara AJL27 membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Menariknya, juara kategori persembahan terbaik akan ditentukan 100% di tangan peminat muzik tanah air melalui undian SMS.[1]

Barisan juri AJL27 dianggotai oleh 10 orang, iaitu jauh kurang berbanding 22 orang pada edisi sebelumnya. Juri diketuai oleh Azmeer. Penerbit AJL27, Muhamad Sufian Che Isa berkata, kebanyakan juri yang ditawarkan untuk mengadili karya termasuk lagu dan lirik bagi acara berkenaan terlalu sibuk dengan kerja seni masing-masing.[2]