Trivia Anugerah_Juara_Lagu_ke-31

  • Rata-rata penyanyi yang mara ke AJL edisi kali ini memperlihatkan barisan penyanyi baharu dan buat pertama kali melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu, seperti Sufian Suhaimi, Projector Band, Alif Satar (duet bersama Shila Amzah), Aiman Tino, Syamsul Yusof dan Khalifah.
  • Dayang Nurfaizah merupakan artis senior memasuki Anugerah Juara Lagu. Dayang pertama kali menyertai semasa AJL-16 (2001) dan memenangi kategori balada dengan lagu "Seandainya Masih Ada Cinta".
  • Edisi kali juga memperlihatkan penyanyi yang pernah memenangi kategori Vokal Terbaik iaitu Misha Omar (2003 & 2004), Black Hanafiah (2009), Hafiz Suip (2010 , 2011 & 2012) dan Dayang Nurfaizah (2014 & 2015).
  • Lagu "Kalah Dalam Menang" (Mawi & Syamsul Yusof) merupakan lagu tema (OST) filem Munafik. Lagu ini mengulangi sejarah lagu "Gelisah Mimpi" (AJL-17) yang merupakan OST filem "KL Menjerit", "Pulangkan" (AJL-19) yang merupakan OST filem "Pontianak Harum Sundal Malam" , "Ku Seru" (AJL-21) yang merupakan OST filem "Pontianak Harum Sundal Malam 2" dan "Ombak Rindu" (AJL-27) yang merupakan OST filem "Ombak Rindu".
  • Lagu "Lelaki Teragung" (Dayang Nurfaizah) merupakan lagu tema (OST) drama 7 Hari Mencintaiku yang masih dalam tayangan semasa Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 dan berjaya meraih Juara Lagu dan Vokal Terbaik sekaligus menjadi lagu runut bunyi drama kedua yang memenangi Juara Lagu selepas lagu "Potret" (Akim & The Majistret) untuk drama Dia Isteri Luar Biasa.