Anugerah_Juara_Lagu_ke-37

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai. Program ini akan dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Jihan Muse bagi slot utama, manakala Fiza Frizzy dan Muaz Mohamed akan mengendalikan segmen Karpet Merah AJL 37. AJL pada tahun ini ditaja oleh Dato Seri Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali dengan nama Dato Seri Alha Alfa yang merupakan pengasas produk kosmetik terkenal Malaysia iaitu Alha Alfa.