Shiha_Zikir

Nurshiha binti Mohd Zikir (lahir 2 November 1987) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2005. Ada yang menyatakan bahawa wajah Shiha ini mirip dengan wajah penyanyi terkenal Indonesia iaitu Rossa.[2]Walaupun perjalan seni Shiha berjalan agak perlahan, namun bintang Shiha bersinar semakin terang, terutamanya di Indonesia.[3] Shiha merupakan salah satu peserta program realiti TV Mentor yang bukan sahaja masih mampu bertahan tetapi berjaya melebarkan sayap ke pasaran luar.[4]