Kerjaya Shiha_Zikir

Shiha dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau sering bermain boling atau pergi karaoke di waktu luang. Beliau ialah anak bongsu daripada tiga beradik. Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2005. "Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi."[perlu rujukan]

Pada tahun 2011, beliau terpilih sebagai protege Mentor musim ke-5. Kemunculan ini merupakan kali kedua Shiha muncul dalam program realiti hiburan Malaysia. Kali pertama beliau ialah pada 2005 apabila beliau terpilih antara 20 peserta akhir Akademi Fantasia musim ke-3 terbitan Astro.

Namun di peringkat pendahuluan, Shiha yang menyanyikan lagu Shania Twain, "I'm Gonna Getcha Good" merupakan antara 8 peserta tersingkir termasuk Mawi dan Marsha Milan Londoh. Hanya 12 orang peserta dipilih sebagai finalis.

Dalam konsert pertama, ada kejutan apabila pengetua yang ketika itu berusia 18 tahun, terpilih antara 20 peserta akhir. M. Nasir mengumumkan bahawa ada AF masuk, lalu Shiha antara 8 peserta malam itu yang menyanyi untuk kali kedua.[5]

Shiha merupakan salah seorang peserta yang mewakili Malaysia dalam Dangdut Academy Asia 2015 yang diikuti oleh tiga negara lainnya iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei. Nama Shiha semakin bersinar di Indonesia. Bakatnya semakin terserlah dan sering diundang mengadakan persembahan di Indonesia.

Pada Julai 2019, Shiha ialah salah seorang peserta dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar di Astro Warna.[6] Beliau merakamkan semula lagu "Pilihlah Aku" nyanyian asal penyanyi Indonesia, Krisdayanti.[7][8]

Beliau ialah salah seorang peserta rancangan TV realiti muzikal Astro Ria, Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh Sophia Liana dan Arja Lee.[9]