Sharifah_Aini
Sharifah_Aini

Sharifah_Aini

Datuk Hajah Sharifah Aini binti Syed Jaafar (2 Julai 1953 - 5 Julai 2014) merupakan seorang penyanyi tersohor di Malaysia dan dikenali sebagai "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Radio Television Singapura 1968 atau Talent Time 68' dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam". Beliau juga merupakan artis pertama Malaysia bergelar "Superstar" sewaktu zaman kemuncak kemilangannya. Sharifah Aini juga menjadi satu-satunya artis pujaan ramai sewaktu zaman 70'an, 80'an dan 90'an secara berturut- turut sehingga ke beberapa benua. Walaupun terdapat artis lain yang kurang hebatnya juga seperti Rafeah Buang dan Anita Sarawak tetapi Sharifah Aini tetap menjadi pilihan utama sehingga mendapat berbagai gelaran pujaan antaranya seperti Biduanita Pujaan Ramai, The Golden Voice, Queen of Songs dan banyak lagi. Namun di Malaysia beliau juga merupakan satu-satunya artis yang mempunyai suara yang merdu sehingga mendapat jolokan penyanyi bersuara Buluh Perindu. Setiap lagu dengangan beliau pasti akan membuatkan pendengar terpukau. Penyanyi berdarah kacukan Melayu-Arab ini banyak menghasilkan album untuk setiap dekat buat jutaan peminat beliau di luar sana sehingga 140 album. Sharifah Aini juga merupakan artis yang banyak menyanyi berlatarkan suasana orkestra pada skala mega yang menjadi kegemaranya dan diakui sendiri rakan sekerja beliau Datuk Ramli MS seorang komposer terkemuka. Di Malaysia bakat beliau banyak diasah oleh komposer tersohor negara Yang Berbahagia Dato Dr Ahmad Nawab. Pada tahun permulaan 2000 Sharifah Aini banyak membuat persembahan tertutup untuk menyara badan-badan amal. Hajat terakhir beliau tidak kesampain buat jutaan peminatnya di luar sana yang berhasrat membuat konsert berskala mega yang menghimpunkan barisan ahli-ahli muzik orkestra sebanyak 200 orang dedah Datuk Ramli Ms sewaktu di temubual oleh Datuk Aznil Nawani dalam sebuah program terbitan ASTRO "Mengenang Sharifah Aini". Di Malaysia, beliau juga merupakan antara satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia sehingga syarikat tersebut menutupkan operasinya untuk bergabung bersama syarikat gergasi dunia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysian Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.Beliau juga merupakan satu-satunya penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 5 dekad

Sharifah_Aini

Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, Penulis Lagu, Pengacara, Ahli Perniagaan, Qariah
Nama lahir Syarifah Aini binti Syed Jaafar
Pengkarya berkait Broery Marantika, Herman Tino, Sudirman Haji Arshad, Too Phat
Instrumen Vokal
Juga dikenali sebagai Kak Pah, Aini, Ani
Syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Meninggal dunia 5 Julai 2014(2014-07-05) (umurĀ 61)
Pusat Perubatan Pakar Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Kelahiran (1953-07-02)2 Julai 1953
Yishun, warganegara Singapura
Lahir di Hospital Sultanah Aminah, dibesarkan di Kampung Majidee oleh Datuk-Neneknya di Johor
Genre Serba Boleh
Tahun aktif 1968-2014

Rujukan

WikiPedia: Sharifah_Aini http://www.7digital.com/artist/sharifah-aini http://www.astroawani.com/news/show/biduanita-nega... http://carmahlms.com/Sharifah%20Aini.htm http://carmahlms.com/sharifah%20aini/ArtcileindexA... http://www.carmahlms.com/sharifah%20aini/Artcilein... http://www.geocities.com/hassnyj/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sharifa... http://www.karangkraf.com.my/Aktiviti/APH/aph_peme... http://portalilmu.kempen.gov.my/index.php?ch=12&pg... http://mynewshub.my/main/2014/07/05/terkini-5-a-m-...