Biografi Sharifah_Aini

Ibubapa Sharifah Aini adalah warganegara Singapura dan beliau telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya untuk dirawat dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor.

Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan majlis tertentu di sekolah tersebut. Selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian.

Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Pembabitan awal

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968.[1] Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.

Rujukan

WikiPedia: Sharifah_Aini http://www.7digital.com/artist/sharifah-aini http://www.astroawani.com/news/show/biduanita-nega... http://carmahlms.com/Sharifah%20Aini.htm http://carmahlms.com/sharifah%20aini/ArtcileindexA... http://www.carmahlms.com/sharifah%20aini/Artcilein... http://www.geocities.com/hassnyj/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sharifa... http://www.karangkraf.com.my/Aktiviti/APH/aph_peme... http://portalilmu.kempen.gov.my/index.php?ch=12&pg... http://mynewshub.my/main/2014/07/05/terkini-5-a-m-...