Brunei
Brunei

Brunei

 b. Di bawah Perlembagaan, bahasa Inggeris disebut untuk digunakan untuk beberapa tujuan tertentu pada Perkara 82: "Bahasa rasmi".[5]Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
di Brunei
Negara Brunei Darussalam (Jawi: نڬارا بروني دار السلام ) atau Negara Brunei, Rumah Yang Aman (Bahasa Melayu) atau Brunei ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia iaitu Bahagian Limbang. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo dan juga sebahagian daripada gugusan kepulauan Filipina.Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan dikelaskan sebagai negara maju. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di tempat ke-4 bagi keluaran dalam negara kasar dunia per kapita dalam pariti kuasa beli.

Brunei

Zon masa UTC+8 (Waktu Piawai Brunei Darussalam Time)
Ibu kota Bandar Seri Begawan (باندر سري بڬاون)4°53′25″N 114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E / 4.89028; 114.94222
Pemerintahan Monarki mutlak
• Bancian 2014 411,900
• Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah
Bandar terbesar Bandar Seri Begawan / باندر سري بڬاون
• Per kapita $39,355[2]
• Kepadatan 71.4/km2 (184.9/sq mi) (134th)
Kod panggilan 673[c]
Bahasa diiktiraf Bahasa Inggeris[b]
Bahasa rasmi Bahasa Melayu (Kebangsaan)[a]
• Total $9,111.3 billion[2]
• Mufti Kerajaan Abdul Aziz Juned
KDNK (PPP) Anggaran 2015 
• Anggaran Jul 2013[1] 415,717[1] (175th)
Mata wang Dolar Brunei (دولر بروني) (BND)
HDI (2014) ▬ 0.852[3]
sangat tinggi · 30
KDNK (nominal) Anggaran 2012 
• Sultan Hassanal Bolkiah
• Air (%) 8.6
• Jumlah $17.092 billion[2]
Internet TLD .bn