Hassanal_Bolkiah

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, GCB, GCMG, (keputeraan 15 Julai 1946) merupakan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei ke-29 dan Perdana Menteri negara tersebut. Baginda ialah paduka anakanda pertama putera sulung kepada Sultan sebelumnya iaitu Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Selain menjadi seorang sultan dan perdana menteri, baginda juga menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.Baginda ialah salah seorang daripada orang yang terkaya di dunia iaitu mempunyai harta lebih AS$200 bilion. Pada 5 Oktober 2017, baginda menyambut Sambutan Jubli Emas sempena baginda menaiki takhta kerajaan. Baginda juga pernah menyambut Sambutan Jubli Perak pada tahun 1992.[2] Pada 5 Oktober 2017, Sultan meraikan Jubli Emas untuk menandakan tahun ke-50 pemerintahannya di atas takhta.[3]

Hassanal_Bolkiah