Majeedah_Bolkiah

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah[1] (lahir 16 Mac 1976) merupakan anakanda keempat kepada Hassanal Bolkiah dan isterinya, Pengiran Anak Saleha.Puteri Majeedah mempunyai a BA (Hons) Administration and Public Policy daripada Universiti Brunei Darussalam. Beliau turut memiliki Master dalam Pembangunan Persekitaran daripada King’s College of the Universiti London.Puteri Majeedah kini merupakan Pegawai Persekitaran Kanan dan Ketua Jabatan Pengurusan dan Perancangan, Taman dan Rehlah, satu agensi dalam Kementerian Pembangunan. Salah satu tugas Jabatan Pengurusan dan Perancangan adalah bagi menilai Lapuran Penilaian Kesan Persekitaran bagi Pembanginan Tapak Industri Sungai Liang. Majeedah telah menyelia beberapa projek yang berjaya, termasuk Forum Pemuda ASEAN berkenaan Alam Semulajadi, yang diadakan 8 Januari, 2007.Majeedah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tugas Khas di unit Alam Semulajadi (Environmental Unit), satu seksyen bagi Kementerian Pembangunan bertanggung jawab bagi hal-ehwal strategi dan polisi alam sekitar, pada 11 Februari, 2002. Antara hasil penulisan beliau termasuk: Environmental Management Guidelines for Quarry Activity; dan Position Paper on Brunei’s Accession to the Basel Convention to Control the Disposal and Transboundary Movement of Hazardous Wastes.

Majeedah_Bolkiah

Ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan haji hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Suifuddien Sa'adul Khairi Waadien
Pasangan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil (k.2007)
Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Binti Almarhum Pengiran Pemancha pengiran Anak Haji Mohamed Alam
Agama Islam
Kerabat Istana Nurul Iman, Brunei
Anakanda YAM Pengiran Anak Abdul Hafeez
YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah
Nama penuh
Nama penuh
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah

Berkaitan