Waktu_Universal_Selaras
Waktu_Universal_Selaras

Waktu_Universal_Selaras

Waktu Universal Selaras (Coordinated Universal Time, kependekannya UTC) merupakan waktu piawai berdasarkan jam atom kejituan tinggi. UTC merupakan sambungan Waktu Meridian Greenwich (GMT). Zon waktu di dunia semua dikira dari waktu UTC dengan menambah atau menolak masa mengikut kedudukan dari Greenwich, London. Contohnya, Waktu-Waktu Piawai Malaysia dan Singapura dikira sebagai UTC+8.Versi terkini Waktu ini ditakrifkan suatu nasihat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-R TF.460-6) bertajuk Standard-frequency and time-signal emissions[1] berdasarkan Waktu Atom Antarabangsa (TAI) di mana saat lompat (leap second) ditambahkan pada jarak waktu yang tidak menentu bagi mengimbangi waktu ini kepada peredaran Bumi yang diperlahankan.[2] Penambahan saat lompat ini penting untuk mengekalkan Waktu ini tepat dalam 0.9 saat mengikut waktu sejagat, iaitu UT1.[3]