Geografi Brunei

Keadaan bentuk muka bumi di Brunei

Brunei dikelilingi oleh negara Malaysia di bahagian selatan, barat dan timurnya serta Laut China Selatan di utara dan Teluk Brunei di bahagian timur laut. Brunei terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan oleh negeri Sarawak, Malaysia dengan keluasan 5765 kilometer persegi (2226 batu persegi). Bahagian barat negara Brunei terdiri daripada Belait, Tutong dan Brunei Muara serta Temburong di bahagian timur. Garis pantai di Brunei ialah sepanjang 161 kilometer (100 batu) dan berkongsi 381 kilometer (237 batu) garis sempadan dengan Malaysia. Keluasan kawasan perairan di Laut China Selatan pula ialah 500 kilometer persegi (193 batu persegi) dan 200 batu nautika bagi kawasan zon ekonomi eksklusif.[10]

Kawasan Panaga yang terletak di daerah Belait merupakan kediaman kepada sebilangan besar rakyat asing disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi di Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini.

Kebanyakkan kawasan di Brunei terdiri daripada hutan hujan tropika tanah rendah yang memenuhi kebanyakkan kawasan di pulau Borneo.[10] Tetapi, terdapat juga kawasan hutan gunung terutamanya di bahagian timur Brunei (Temburong). Iklim Brunei ialah jenis khatulistiwa iaitu iklim yang mempunyai suhu dan kelembapan yang tinggi serta taburan sinaran matahari dan hujan lebat pada sepanjang tahun. Purata suhunya ialah kira-kira 26.1 °C (79.0 °F). Pada bulan April hingga Mei purata suhunya sedikit rendah iaitu 24.7 °C (76.5 °F) dan pada bulan Oktober hingga Disember pula menunjukkan sedikit peningkatan purata suhunya iaitu 23.8 °C (74.8 °F).[11]

BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgsSepOktNovDisTahun
Jumlah Min Maksimum (°C)
25.8
24.8
27.2
27.1
27.5
27.1
28.4
28.3
28.0
26.5
24.4
24.0
28.3
Jumlah Min Minimum (°C)
22.1
22.0
22.5
23.9
23.9
24.7
24.1
24.3
25.3
23.1
22.2
23.6
26.2
Taburan Curahan Hujan Purata (mm)277.7138.3113.0200.3239.0214.2228.8215.8257.7319.9329.4343.5
2873.9