Zon_ekonomi_eksklusif
Zon_ekonomi_eksklusif

Zon_ekonomi_eksklusif

Zon ekonomi eksklusif ialah zon laut yang ditetapkan oleh Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut di mana sesebuah negara itu mempunyai hak-hak khas berkaitan penerokaan dan penggunaan sumber-sumber lautan termasuk penghasilan tenaga daripada air dan angin.[1] Zon ini menjangkau sejauh 200 batu nautika dari garis pangkal pantai sesebuah negara itu. Ia kadangkalanya turut termasuk pentas benua dalam konteks tidak formal. Zon ini tertumpu kepada hak berdaulat (sovereign right) iaitu hak sesebuah negara pesisiran kepada segala isi di dasar laut berbanding dengan perairan wilayah yang lebih tertumpu kepada kedaulatan sesebuah negara di perairan berdekatannya.Zon ini bersama zon berdampingan terletak di luar batasan 12 batu nautika perairan wilayah, oleh itu sebahagian daripada perairan antarabangsa.[2]