Takrifan Zon_ekonomi_eksklusif

Secara umumnya, zon ekonomi eksklusif sesebuah negara itu merupakan kawasan melepasi dan selari dengan lingkungan perairan wilayah pada jarak tidak lebih daripada 200 batu nautika (370 km) dari garis pangkal pesisiran negara tersebut. Perkara ini ada pengecualiannya pada zon-zon sebegini yang bertindih yakni kurang daripada 400 batu nautika (740 km) antara satu sama lain, di mana kesemua pihak yang berkenaan bertanggungjawab menyelesaikan masalah persempadanan maritim ini.[3] Mana-mana titik dalam kawasan yang bertindih biasanya akan diberikankepada negara yang berdekatan.[4]

Zon ekonomi eksklusif sesebuah negara bermula pada sisi meghadap laut perairan wilayahnya menjangkau jauh pada jarak 200 batu nautika (370.4 km) dari garis pangkal, yakni lebih jauh berbanding perairan wilayah yang tamat pada jarak 12 batu nautika (22 km) daripada garis pengkal pantai (jika mengikut peraturan yang termaktub dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut).[5] Oleh itu, zon-zon tersebut termasuk zon berdampingan. Negara-negara juga mempunyai hak ke atas dasar laut pentas benua sejauh batu nautika (648 km) dari garis pangkal pesisiran melepasi zon-zon ekonomi eksklusif, namun kawasan-awasan ini tidak termasuk dalam zon-zon tersebut.