Anugerah_Right_Livelihood

Anugerah Right Livelihood (Right Livelihood Award) ialah anugerah antarabangsa tahunan yang bertujuan untuk "menghargai dan menyokong penyelesaian praktikal dan contoh terhadap masalah-masalah paling penting yang dihadapi dunia pada kini".[1] Anugerah ini juga bertujuan untuk mempromosikan penyelesaian masalah-masalah antarabangsa yang dikemukakan para pemenang.[2]Anugerah ini diasaskan oleh dermawan Jerman-Sweden, Jakob von Uexkull pada 1980.[3] Pemenang anugerah ini ditentukan oleh para hakim antarabangsa yang dibantu oleh lima orang ahli lembaga tetap anugerah dan dipilih berdasarkan pelbagai bidang seperti keamanan, kesihatan dan pembangunan mampan.[4]Anugerah ini juga digelar sebagai "Hadiah Nobel Alternatif," tetapi anugerah ini tiada sebarang kaitan dengan hadiah Nobel ataupun yayasannya.[4]Setakat 2013, 153 penerima telah dianugerahi dengan anugerah ini dalam kalangan 64 buah negara.[1] Penerima-penerima anugerah ini termasuklah Anwar Fazal, Sahabat Alam Malaysia dan Munir Said Thalib.

Anugerah_Right_Livelihood

Penghargaan "penyelesaian praktikal dan contoh terhadap masalah-masalah paling penting yang dihadapi dunia pada kini"
Disampaikan oleh Yayasan Anugerah Right Livelihood
(Right Livelihood Award Foundation)
Laman web rasmi rightlivelihoodaward.org
Negara Sweden
Anugerah pertama 1980