Anugerah_Skrin_2009

Anugerah Skrin 2009 diadakan pada 4 Disember 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, mempertandingan 23 anugerah untuk mengiktiraf karya-karya terbaik hasil bidang penerbitan televisyen dan filem Malaysia. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.