Am Anugerah_Skrin_2014

Majlis kali ini memperkenalkan dua anugerah baru iaitu Drama Bersiri Terbaik Di Laman Sosial dan Drama Premium Terbaik. Menurut Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, mengenai anugerah-anugerah baru tersebut: "Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial akan memberi pengiktirafan kepada drama bersiri yang menjadi bualan hangat penonton di laman sosial media sewaktu siaran dan juga mendapat trending di laman sosial pada setiap episod atau semasa waktu bersiaran. Kategori Drama Premium Terbaik pula terbuka kepada peruntukan drama yang bernilai RM 150,000 ke atas dan mempunyai nilai sinematografi dan fotografi yang artistik."[1]

Bagaimanapun, ASK2014 digemparkan oleh penarikan diri Astro daripada mencalonkan sebarang hasil terbitan tanpa sebab yang jelas, maka tinggal sahaja terbitan-terbitan Media Prima, RTM, Bernama dan TV Al-Hijrah yang bersaing.[2]