Anugerah_Skrin_2018

Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-22. ASK2018 kali ini tidak menampilkan hos utama bagi mengendalikan malam anugerah tetapi akan dikendalikan oleh 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Alhadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Nazrudin Habibur Rahman dan Shuk Sahar. Majlis ini berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Youtube.[1]Sebanyak 24 kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2018 manakala pemenang enam lagi kategori iaitu Kategori Bukan Drama akan diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada 28 Oktober (Ahad) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari. [2] 30 kategori ini dipecahkan kepada 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.[3]