Aparteid

Aparteid (daripada apartheid bermaksud "keadaan yang menyisihkan", "penyisihan" dalam bahasa Afrikaans[1])[2][3] merujuk kepada suatu sistem politik yang memisahkan penduduk kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih di Afrika Selatan dari tahun 1948 sehingga tahun 1990-an. Dasar-dasar pemisahan ini dibentuk dilaksanakan sewaktu pemerintahan Hendrik Verwoerd, Perdana Menteri negara tersebut ke-7.Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.