Sejarah Apple_Bandai_Pippin

Pada tahun 1994, buat kali pertama, jualan komputer peribadi dari semua pengeluar melebihi 10 juta. Ia juga tahun pertama dimana jualan komputer peribadi melebihi pengguna yang sudah memiliki komputer[2]. Fenomena ini menyebabkan harga jualan komputer meningkat dengan drastik dan Apple sedar bahawa fenomena ini harus dihentikan kerana pada ketika itu industri multimedia berkembang dengan pesat.

Platform Pippin dibangunkan dan lesennya dijual kepada pengeluar konsol yang berminat untuk membangunkan konsol berasaskan platform Pippin dan dijual kepada pengguna. Nama Pippin pula dipilih kerana Pippin merupakan salah satu keluarga dalam buah Epal[2].