Ar-Rabaza (juga dieja
Al-Rabaza,
Rabadza atau
Rabatha,
bahasa Arab: الربذة) adalah sebuah penempatan di
Arab Saudi bertempat 200 km hala timur laut dari
Madinah pada jalan penghijrahan dari
Kufah ke
Mekah, dikenali sebagai
Darb Zubaydah.Menurut hasil penggalian arkeologi yang diarah oleh
Universiti Raja Saud, Ar-Rabaza mempunyai maklumat penting berkaitan kebudayaan Islam bagi zaman awalnya.
[1][2] Bandar ini jugalah tempat sahabat Rasulullah
Abu Dharr al-Ghifari bertempat dan menghabiskan usianya.Penggalian di Ar-Rabaza ini memberikan pandangan yang lebih jelas tentang perumahan bandar pada awal zaman Islam. Pemandangan tapak ini ditonjoli dengan sebuah binaan seperti istana, yang mempunyai 13 buah bilik dilengkapi pintu yang menghadap kepada sebuah laman dalam.
[3] Setiap bilik dipercayai mempunyai tujuan berbeza, dikukuhkan lagi dengan tanur, stor bijian dan sebuah relau untuk menghasil kaca, ditempatkan dalam bilik-bilik yang berbeza.
[4] Rumah-rumah yang lebih kerap dijumpai mirip daripada segi reka bentuk, namun lebih kecil keluasannya dengan bilik-bilik yang dibahagi, berkeluasan kira-kira 3x2m.
[5] Semua ini bukan dibina dengan kayu, tetapi sebaliknya dibina dengan batu-bata lumpur, dengan tapak yang dilantaikan dengan batu.