Biografi Ara_Johari

Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari lahir pada 27 Jun 1997 di Negeri Sembilan. Beliau mula meraih populariti menerusi rancangan nyanyian Akademi Fantasia dan berjaya merangkul tempat keempat dalam rancangan tersebut. Beliau mula meneruskan kariernya dalam industri muzik menerusi lagu Warkah Untukku , Bunga dan single terbarunya Paku . Lirik untuk lagu Paku dihasilkan oleh Ara sendiri. Ara seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Warkah Untukku. Namun Ara tidak berjaya merangkul apa-apa anugerah pada kali itu. Ara sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu 33 menerusi lagu Bunga. Berkat usaha gigih Ara dan kumpulannya,lagu Bunga berjaya meraih gelaran naib juara. Kemenangan ini melonjakkan lagi nama Ara dalam industri muzik.