Sejarah Arema_FC

Arema adalah kelab profesional berpengkalan di Malang, Jawa Timur. Pada mulanya pasukan ini dilahirkan pada 11 Ogos 1987 oleh usaha daripada Acub Zaenal, pengasas kelab Galatama, kemudiannya dipanggil Aremada, sebuah gabungan kelab-kelab tempatan dan 86 Malang Arema Fleet. Akan tetapi nama itu tidak kekal lama. Beberapa bulan kemudian, namanya diubah kepada Arema 86.

Usaha untuk mengekalkan kelab 86 Arema Galatama melalui pelbagai rintangan, walaupun pasukan itu dijangka melibatkan diri di dalam Galatama VIII terbantut disebabkan oleh masalah kewangan. Dari sini Acub Zaenal bersama-sama dengan anak lelakinya Lucky Acub Zaenal telah mengambil alih dan cuba untuk menyelamatkan Arema 86.

Nama itu diubah kepada 86 Arema dan menetapkan asasnya pada 11 Ogos 1987 merujuk kepada dokumen notarial Pramu Haryono SH No. 58. Semenjak itu, mereka menyediakan prepared Arema sebagai sebuah pasukan profesional. Skuad, kemudahan dan para pegawai dinaiktaraf.

Kejayaan pasukan bola sepak Indonesia ini berhadapan dengan macam-macam samada naik atau turun. Isu utama kelab ini adalah sokongan kewangan. Bagimanapun, mereka telah dimahkotakan juara Galatama di dalam musim 1992-93.

Semenjak pengenalan kepada Liga Indonesia, satu gabungan di antara Perserikatan dan Galatama, Arema telah merekodkan tujuh kali di dalam pusingan kedua. Bagaimanapun, kekangan kewangan kembali untuk mengikat penjelajahan kelab, sehingga lama kelamaan PT Bentoel Internasional Tbk mendapatkan pemilikan pasukan di dalam musim pertengahan 2003.

Hasilnya krisis kewangan yang menyebablan Arema turun kasta di dalam divisyen pertama. Tetapi dengan kekuatan kewangan yang baru, Arema hanya bertahan satu tahun sahaja di dalam divisyen pertama dan naik semula ke liga teratas sebagai juara. Semenjak itu prestasi mereka stabil. Arema berupaya untuk menembusi Liga Super, pertandingan kasta tertinggi di dalam negara buat pertama kali mereka masuk ke dalam musim ini.