Penerbitan Arena_Cahaya

Menurut Zee Avi, "Arena Cahaya" mengambil masa sebulan untuk disiapkan dan dihasilkan bersama rakan karibnya, Rendra Zawawi, termasuk juga susunan muzik. "Arena Cahaya" ditulis dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris bagi menggambarkan negara Malaysia yang berbilang bangsa. Zee dihubungi oleh pengarah Chiu Keng Guan di laman Facebook bagi menerbitkan lagu tema Ola Bola dan bersetuju tanpa berfikir panjang.[4] Beliau berkata mengenai lagu ini: "Tak sangka lagu Melayu pertama saya ini ("Arena Cahaya") mampu merentasi jurang bahasa dan ia bukti kukuh bahawa muzik melangkaui perbezaan itu. Apa yang penting ia dihasilkan sepenuh hati,".[7]

Berkaitan