Arena_pertarungan_atas_talian_multipemain
Arena_pertarungan_atas_talian_multipemain

Arena_pertarungan_atas_talian_multipemain

Arena pertarungan atas talian multipemain (MOBA) atau dikenali sebagai strategi masa sebenar aksi ialah sejenis permainan video strategi yang berasal daripada jenis strategi masa sebenar, dan pemainnya mengawal 1 watak dalam kumpulan yang bersaing dengan kumpulan pemain lain.Asal usul jenis permainan ini dapat dijejaki beberapa dekad sebelum masa kini ke salah 1 daripada permainan strategi masa sebenar yang terawal, iaitu permainan Herzog Zwei oleh Sega Mega Drive/Genesis 1989.[1][2] Terdapat 2 kumpulan berlawanan dan matlamat setiap kumpulan secara umumnya adalah untuk menghapuskan pusat utama musuh mereka untuk menang, walaupun beberapa permainan boleh mempunyai syarat kemenangan berbeza. Dalam kebanyakan MOBA, pemain memainkan peranan terperinci seperti pengangkat, penyokong dan penyerang hendap.

Berkaitan